Ulasan


Ruangan ini akan menempatkan review daripada pembaca buku "Permata yang Hilang Kini Dijumpai."

10 comments:

  1. Kisah dalam buku ini adalah berkenaan Hamka (nama sebenar) yang baru berniat untuk belajar ilmu ugama yang paling rendah, akan tetapi, ketika sedang belajar ilmu ugama yang paling rendah itu, satu kemalangan telah berlaku membuatkan beliau berputus asa namun saksi kemalangan yang di kenali sebagai “Muslimah Kancil” telah datang mengembalikan semangat Hamka yang hampir hilang..

    Ketika Hamka dan Muslimah Kancil jatuh cinta antara satu sama lain, mereka telah di uji dengan badai asmara yang menggoncang cinta mereka, ujian cinta mereka adalah: Perbezaan pendapat dalam perjuangan ugama, sungguh klise bunyinya-Woha!,

    Sementara itu, di satu sudut lain, seorang gadis gedik muncul menyemarakkan lagi kisah cinta Hamka yang sungguh berbeza sinopsisnya dengan mana mana filem karya tempatan.

    Dapatkah Hamka menyelamatkan hubungan beliau dengan Muslimah Kancil? Siapakah gadis misteri yang gedik itu? Bagaimana Hamka menyelesaikan masalah mertuanya yang tidak mahu anak gadisnya berkahwin awal?

    Walaupun kelihatan buku ini berunsur novel, tapi terselit antara kisah Hamka dan liku liku hidupnya akan artikel artikel berilmiah yang di tulis dengan bahasa santai sebagai panduan untuk semua peringkat umur,insyAllah..

    Antara topik yang di sentuh dalam buku ini adalah:
    Bagaimana atasi masalah onani.
    Bagaimana memikat hati mertua dan bagaimana memujuk mertua yang tidak mahu anaknya berkahwin awal.
    Bagaimana menghadapi isteri atau suami yang dingin terhadap seks.
    Masalah suami pendiam dan isteri merajuk.
    Kenapa pasangan bercerai dan bagaimana mengelakkkannya.
    Bagaimana mendapatkan anak bagi pasangan yang tiada anak.
    Dan lain lain..

    Sebenarnya ada 55 bab dengan pelbagai cabang tajuk yang Hamka hadapi dan bagaimana dari kisah Hamka dalam buku ini, dapat kita jadikan panduan dalam mencari kebahagaian seni rumah tangga.
    Nasihat Hamka dalam buku ini mungkin tidak sehebat nasihat ustaz ustaz di luar sana, namun dalam setiap pengalaman manusia, terselit jua pengajaran pengajaran yang mungkin berguna pada kita di waktu yang belum pasti suatu hari di mana kita jua menghadapinya...

    Buku ini di pecahkan kepada 4 bahagian:
    bahagian pertama adalah isu sebelum kahwin yang sesuai untuk orang bujang,
    bahagian kedua adalah berkenaan menjelang perkahwinan yang sesuai untuk rujukan orang yang bertunang,
    bahagian ketiga pula berkenaan rumah tangga yang sesuai dirujuk oleh suami isteri, dan
    bahagian keempat lebih kepada asam garam rumah tangga seperti, bercerai, poligami, bergaduh adik beradik, mencari menantu, perpisahan dan kematian...

    Pendek kata Buku ini adalah himpunan karya terbaik bab laki bini yang telah di tambah baik, dan di setiap bab akan di wujudkan keisinambungan bagi setiap artikel agar tiada atau kurang ‘plot hole’, dan di hujung setiap bab juga di tambah dengan artikel yang belum pernah di tulis di Blog Keretamayat.

    Semoga buku ini terselit di antara buku buku berilmiah di almari korang yang berada di ruang tamu semestinya.

    Woha!

    ReplyDelete
  2. sumber: http://septemberz.blogspot.com/2012/05/httpkeretamayatblogspotcom.html


    Dah berpuluh-puluh muka surat aku baca "Permata Yang Hilang Kini Dijumpai" hasil karya Hamka dari Chendering. Aku suka lah buku tu. buku ni best sangat. Tak rugi kot beli. Sesuai untuk yang belum kawen, nak kawen, dah kawen dan nak cerai bak kate penulis.

    =)

    ReplyDelete
  3. sumber: http://mylovelyfamily-fahmar169.blogspot.com/2012/05/sudah-sampai.html

    Sudah sampai....................

    Ni 1st time aku beli barang online...jenis aku lebih suka belek barang, berkenan then terus bayar...aku tak brapa nak suka beli online..takut tak puas ati...So demi memberi sokongan kepada blogger yg menjadi penulis buku ini maka aku berminat nak beli buku pertama beliau bertajuk ' Permata yang hilang kini dijumpai"...

    Aku memang suka baca blog hamka sebab banyak nasihat dan panduan boleh didapati dari blog beliau...Aku kenal blog dia kalo tak silap sejak tahun 2008...slalu kalo baca blog baca entri terbaru jer kan...tapi disebabkan bestnya blog nih maka habis aku kelebet entry dia yg lepas2 skali...punya lar best...heheh...

    Aku dapat parcel nih jumaat lepas..mintak dia alamatkan ke opis sebab kalo kat umah kang takder lak org naik sainkan...

    balut dalam soratkabo...

    aku siap request otograph lagi...

    dan...yang buat aku beria2 sgt nak beli buku nih adalah sebab ini.....
    ..
    ...
    ......
    .............
    ......................
    ......................................
    .
    ...
    ....
    ...
    ...
    ...
    ..


    komen ke 2 tuh...glamer u...woha...

    Sesaper nak beli buku nih rasanya masih di buka utk tempahan...
    leh lawati blog beliau di sini

    sesaper nak pinjam pun boleh...sehari caj RM5.00..
    kalo pinjam 5 hari dah pulang modal...hahah
    buku nih ada 400 mukasurat berharga RM25.00 (harga promosi) + RM6.00 (kos penghantaran)
    sume skali RM 31.00...apa lagi...jom...shopping

    ReplyDelete
  4. Sumber: http://sekilass.com/2012/05/08/permata-yang-hilang-kini-ditemui-di-rumah-saya-terima-kasih-buat-encik-hamka/

    Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

    MAY08

    Aku yang perasan sibuk memang merancang untuk menulis entry saat buku yang aku order dari Hamka sampai ke rumah. Tapi baru hari ni terasa nak menaip-naip bagi memberitahu alam semesta, bahawa buku yang ditunggu sudah tiba.

    Buku ini diterbitkan oleh Afdal Publication. So sebarang pertanyaan boleh jua ajukan pada penerbit okay.

    Ambuii…siap balut guna surat khabar lagi tau. hehe..

    Dan menjelmalah buku Permata yang hilang kini dijumpai.

    Oppss…ia tidak berkahir di situ. Aku ada request kat Encik Hamka untuk menandatangai buku itu. hehehe…Aku tak tahu la memang dia tanda semua buku yang orang order atau atas permintaan sahaja. Sebab rasanya banyak gila yang pesan suh tanda tangan sebagai kenangan. (walhal tak pernah jumpa pun encik Hamka ni)

    Yang menariknya bukan tanda tangan kosong, siap dengan kata-kata himat. hehehe…dan rasanya setiap buku lain kan ayat hikmat yang encik Hamka tulis. Sebab aku ada tengok dia postkan gambar kat fesbuk dia.

    Sejak 3 Mei buku tu aku terima. Baru hari ni dapat menghabiskannya. Itu pun sebab aku duk menunggu kat klinik aku hangkut buku dia skali untuk isi masa lapang. Sebab rasa sayang nak baiskan cepat2…hahaha…boleh plak camtu ek? Nanti dah ahabis, takdelah lagi buku Hamka untuk dibaca. ekekeke..mengada!

    Review? ala..aku ni bukan pandai sangat nak mengulas buku orang. Asal sedap aku baca, kira bagusla buku tu. Sesiapa yang memang membaca blog keretamayat.blogspot.com pasti akan sukakan buku ini. Cuma bezanya buku ini diolah ala-ala novel mengikut pengalaman dan ditokok tambahkan ceritanya supaya dapat memeriahkan suasana dalam novel itu. Sebab apa ? sebab ada bab-bab dalam buku ni aku pernah baca kat blog dia, tapi di olah semula. Jadi takdelah dia copy bebulat apa yang ditulis diblog.

    Dan seperti kata Hamka…terdapat beberapa kisah yang takde dalam blog ditulis dalam buku ni. So kalau nak tahu sila la beli buku beliau.

    Aku tak tahu la penerimaan korang macam mana. Sebab setahu aku, penulisan encik hamka ni agak ‘ganas’ sikit bahasanya. Takde belok-belok sangat. Straight to the point. Terutama kalau bercerita tentang alam rumahtangga. Memang sangat tepat. Kadang-kadang mungkin pada sesetengah golongan bahasanya tidak sesuai, tapi aku boleh je terima as long as aku faham apa yang beliau cuba sampaikan.

    Aku yang dah abis baca ni nak bagi hubby baca, tapi kena pilih bab-bab yang perlu dia baca. Sebab aku tahu dia memang takkan nak abiskan satu buku tu pun untuk baca. Silap2 nanti, dia suruh aku bacakan untuk dia pulak.

    Ya, buku ni memang sangat sesuai untuk mereka yang sudah berumah tangga. Kalau belum, ia akan menjadi pemangkin untuk korang kahwin cepat! hehehe… Haa..ini buku bukan pasal seks sangat okay. Tak payah pikir bebukan.

    Secara ringkasnya, buku ini menceritakan bagaimana untuk menjaga keharmonian rumah tangga, jadi suami / isteri yang soleh dan solehah, bagaimana….err..macam-macam lagi la…

    Tadi waktu kat klinik, nurse tu ternampak aku bawa buku tu. Dia tanya buku apa tu? Aku jawablah pasal rumah tangga. Dia amik dan belek-belek…pastu dia jawab “ni banyak pasal nafsu je”

    hahaha…yela..nafsu itu kan memang lebih tinggi dari segalanya…Adala Hamka tulis pasal bagaimana untuk mengawal nafsu. ada banyak ya…bukan nafsu seks semata.

    Jika berminat, rasanya Hamka masih membuat promosi harga buku ini RM25. Harga sebenarnya RM29. Jadi, sebelum promosi tamat sebelum 1 Jun 2012, silalah layari blog keretamayat.blogspot.com.

    Selamat menimba ilmu!

    sekilas : harap sangat hubby baca buku ni…agak2 dia nak baca tak?

    ReplyDelete
  5. di petik dari FB Liyana Yeim

    Hamka (Kereta Mayat), ari ni aku terima special request yg besar dlm hidup aku... and tup2 buku plak dah sampai and aku terus baca... insyaAllah...memang dah lama aku pakai konsep special request ko tu... thanks sbb memperingati... and doakan yg terbaek utk Liyana Yeim juga... aminnn... ;-)

    p/s: lawa, sign? cmer tulisan x berapa nak lawa... bley? hahahahahaha...! jgn marah...! wohaaaa...! ;D

    ReplyDelete
  6. dipetik dari email: antikapel.

    aku dah baca 4/5 dari buku permata tu. dah nak khatam dah. memandang kan hari ahad tu aku memang tak ada kerja nak buat. ada beberapa komen aku tentang buku lu,

    1-aku rasa hanya 75% je isi buku tu sama macam entry kat blog. dah tentu-tentu kena tapis kan. kalau tak, tak lepas pulak nak publish buku tu. cumanya, aku rasa kurang keaslian disitu. tapi, aku masih boleh gelak.

    2-susun atur bab dalam buku sangat menarik. kalau kat blog kan tak da sequences. tapi, dalam buku dah diatur dengan baik. syabas!

    3-lepas baca buku ni, aku rasa tak payah dah nak baca buku permata yang hilang versi lama. hik hik

    4-mungkin, lepas ni hamka perlu buat buku mengenai selain isu rumah tangga. yang entry kat blog KM pon ok.

    lepas ni, banyak la royalti bro dapat. mudah2an royalti tu akan membawa bro sekeluarga lagi dekat dengan Tuhan. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. dipetik dari: http://hatilukajadipuisi.blogspot.com/2012/05/alangkah-ringannya-penderitaan-ini.html

    Sejak beberapa hari lepas aku gelak keras perut bila baca buku PERMATA YANG HILANG (Kini Dijumpai) karya Hamka ini. Aku cerita sikit isinya;

    "Huh, Ustaz Rock, takkan kau tidak tahu cara sunnah Nabi jika tercekik tulang? Jangan pandai cakap sahaja," kata abangku.

    Aku berkata, "Senang saja. Emak angkat kedua-dua tangan ke atas."

    Emak aku pun buat. Tetapi masih tidak jadi. Aku kata lagi, "Lurus... tangan emak kedua-duanya kena lurus!"

    (Bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi. Manakala di lengan dan tengkuk dipenuhi dengan rantai emas).

    Aku kata, "Sekarang sebut, Superman Returns!"

    Semua orang ketawa. Nasi berhamburan di sana sini. Emak aku juga ketawa, sehingga tulang terkeluar Semuanya daripada Allah!


    Kalau korang tak gelak, aku nasihatkan korang pergi check urat ketawa korang sekarang. Confirm ada yang tak kena. Huhu~



    Buku ni aku order online di blog driver kereta mayat. Aku ada buat sikit remark dan tak sangka, HAMKA sudi meninggalkan pesanan hikmahnya berserta autograf seperti di bawah;



    "Sekiranya beginilah caranya Allah mahu ampunkan dosa kita, alangkah ringannya penderitaan ini."
    "Noted : Reen, kerisauan bukan untuk dunia... tapi untuk akhirat... Special Request - rujuk ms 163". :)

    Demi Allah, baca saja pesanan yang dikarang Hamka untuk aku, mata terus berpasir. Tersedar aku akan khilaf diri, terlalu banyak bimbangkan urusan dunia sampai hilang fokus dan tak tenang melalui hari-hari, walhal urusan Akhirat pun aku tak terlalu berat nak khuatirkan seolah-olah dah tentu 'di sana' aku boleh lepas. =(



    Notahati : Aku tau HAMKA x baca blog ni, tapi tetap, aku berterima kasih yg tak terperi.

    Notahati 2 : Woha! tu trademark HAMKA yg aku curi-curi pinjam utk certain situasi penceritaan dalam blog ni.

    Notahati 3 : Buku Permata Yang Hilang Kini Dijumpai by HAMKA ni tak sama macam buku Permata Yang Hilang Ibnu Yusuf tu, tapi kalau la boleh aku kata, buku Hamka ni seolah-olah macam prekuel buku tu pulak, sebab menceritakan babak-babak sebelum kawin, kenapa perlu kawin, semasa kawin dan selepas kawin. Bab batin dan nafsu ni memang ada saja, tapi in a very humorous way.. Hahaha~

    ReplyDelete
  8. Buku itu sudah di baca, sangat lain dari yang lain.., sangat bagus untuk mereka yang mahukan kelainan dan hiburan..

    barulah buku islamik yang tidak bosan dijumpai, mengerti kini maksud "permata"..

    tapi ada beberapa perkara saya nak tegur.

    ms 320, nama labah labah patut hurif besar: remegis.

    ms 322, salah eja nama nabi Muhammad.

    ms 323, subhanallah patut ada tanda seruan (!)

    ms 376, menyempurnakan baris ke 4.

    ms 341, sepatutnya sebuah rumah.

    ms 106, baris 4, silap eja.

    ms 145, salah nama jalan, bukan kolej, tapi conley.

    satu lagi ms berapa tak ingat, buritan kapal, salah eja.

    itu sahaja, jika jumpa lagi saya tegur supaya cetakan kedua lebih sempurna, dan akan beli lagi.

    Cikgu Alias.

    ReplyDelete
  9. Sangat best, oleh itu saya promote di blog saya.
    Encik Hamka buat saya berfikir 'adakah sempat saya menjadi seorang isteri sebelum saya menjadi mayat?'.. dan saya kongsikan kisah perjalanan hidup saya pula.

    rugi sesiapa yang belum beli.

    Samsiah, http://bungagraphy.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. kalau mau yg versi bahasa indonesia
    bisa didapatkan gratis di www.minyakcinta.com

    ReplyDelete

Mohon jangan pilih "Anonymous", tetapi pilihlah "Name/URL" dan letak nickname bersesuaian (e.g.: Ali, Abu, Ahmad, Apek, Asim, Aqil)

Atau guna: Google Account, LiveJournal, WordPress, TypePad, AIM, OpenID.

Terima kasih :)