Komentar

• PERTANYAAN
Soalan umum: Bagaimana nak order, nak bayar, ajukan ke → Kaunter Pertanyaan
Soalan khusus: Bila buku sampai, tracking number, dll, ajukan ke → Kaunter Aduan

• KOMENTAR / ULASAN tentang buku
Ringkas: Boleh isi ruangan komen di bawah ↓
Panjang: Boleh tulis di blog anda dan pautkan link di page → Ulasan Buku

––––––––––––––––––––––––––––

Komentar-komentar Terpilih


Artikel Kereta Mayat tidak pernah membosankan dan mampu membuatkan saya umpama kerang busuk apabila membacanya. Penyampaiannya juga santai tetapi sarat dengan mesej yang sangat mendalam dan biasanya terkena batang hidung sendiri.
— Ain, Pensyarah, Sepang


Garapan idea yang kreatif dalam artikel Kereta Mayat membuatkan saya berfikir bahawa pendapat Hamka sememangnya benar. Walaupun dia bukan ustaz, tetapi banyak artikelnya yang mengubah pemikiran saya ke arah yang lebih positif. Artikel kegemaran saya adalah “Rumahku Syurgaku” dan “Rumahku Nerakaku.” Luangkan masa untuk membacanya. Insya-Allah anda tidak akan menyesal.
Mummy Batrisyia, Penjawat Awam, Putrajaya


Saya dan suami suka membaca artikel Kereta Mayat untuk mendapatkan kerukunan rumah tangga  di dunia dan akhirat,  serta menambahkan ilmu. Apabila kami bersama-sama membaca artikel Kereta Mayat, ‘wavelength’ kami jadi sama. Jika tidak, suami kata ayam, saya kata itik. Jom baca Kereta Mayat, sebelum jadi mayat!
— Cikgu Ketam, Guru, Klang


Pertama kali saya membaca artikel Kereta Mayat, terus terdetik dalam hati, “Wah, ada juga lelaki macam ini lagi!”
Ju, Pelajar IPGM KPI, Parit Buntar


Hamka membuatkan kami suami isteri asyik bersengkang mata membaca artikel Kereta Mayat. Kami juga selalu sibuk berbahas. Kalau salah seorang membuat salah, seorang lagi akan menghantar artikel tentang kesalahan itu. Ceh, macam itu pun ada! Kami suka Hamka, sebab beliau kelakar dan kami sedang ketawakan diri sendiri.
Ahlia Razman, Penolong Penerbit, Damansara


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana Allah yang bagi suka. Hmm, dahulu penulis menulis sebab benar-benar ikhlas menulis. Terserlah keikhlasan penulis di situ. Penulis menulis nota untuk diri yang menjadi pengajaran untuk orang lain. Tetapi sekarang penulis menulis dengan niat hendak mempromosi buku sendiri. Biasalah, jual buku dapat banyak duit. Siapa yang tidak mahu duit?
— Apek, Pencuci, Sungai Besi


Penerangan dalam artikel Kereta Mayat amat mudah difahami. Penulisannya banyak membantu saya memahami sesetengah perkara dalam kehidupan saya. Daripada pemahaman itu juga, saya belajar lebih jauh dengan bertanya rakan-rakan, guru-guru, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah untuk penjelasan lebih lanjut. Dengan pengetahuan yang baru itu pula, saya dapat kongsikan dan menerangkan pada orang-orang lain.
Wawa, Guru, Sabah


Kereta Mayat tidak pernah gagal mencuit hati saya tetapi pada masa yang sama mendatangkan keinsafan. Dengan kata lain, hiburan yang amat menginsafkan. Setiap kali saya membaca artikel Kereta Mayat, rasa hendak cepat-cepat dirikan solat dan cepat-cepat kahwin. Mungkin saya patut hadiahkan buku Kereta Mayat kepada pakwe saya sebagai petanda untuk masuk meminang cepat-cepat.
— Wanis, Jurutera, Kuala Lumpur


Artikel-artikel Kereta Mayat membuatkan aku berfikir apa yang Hamka cakap, ada benarnya. Ayat-ayat yang  Hamka guna sesuai untuk semua peringkat umur, termasuklah perempuan yang berjiwa rock dan  kadang-kadang jiwa kacau seperti aku. Sedikit sebanyak dapat mengubah aku.
— Lady Diana, Pelajar UPSI, Alor Setar


Kereta Mayat  sentiasa buat saya ketawa, terkasima dan menangis sehingga teresak-esak. Terutamanya apabila artikelnya terkena tepat pada batang hidung sendiri. Saya rasa amat jauh dengan Allah SWT. Namun, Hamka berjaya membuatkan saya memulakan anjakan paradigma ke arah yang lebih baik.
— Imin, Pekerja Kilang, Kulim


Apabila Hamka membicarakan hal agama, beliau tidak menulis berdasarkan emosi dan budaya tetapi merujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan meyakinkan. Namun, tidak pula bosan seperti sesetengah rancangan agama di televisyen. Nasihat-nasihat yang diberikan pula tidaklah tipikal dan sesuai dengan peredaran zaman.
Suicide Park, Pelajar Seni Bina Landskap, Ampang


Hamka pernah membuatkan aku tersembur air 100PLUS pada monitor PC apabila aku membaca lawak Superman dalam artikel “Apa Hendak Buat Jika Tercekik.”
Dzoelhakim Taib, Staf KPM, Putrajaya


Saya suka penulisan Hamka kerana terasa pemikiran penulis sealiran dengan saya. Gurauan dan pergaulan beliau dengan isteri, hampir sama saja dengan saya dan isteri. Seolah-olah wujud pertalian antara jiwa penulis dan saya.

Setiap hujahan yang dilontar, tidak lari daripada apa yang saya fikir seperti artikel “Apa Itu Seks,” yang melontarkan isu perkahwinan awal.

Tulisannya yang sinis terhadap orang Malaysia khususnya kaum Melayu ternyata selari dengan pendapat saya. Cumanya, saya tidak sehebat penulis untuk menzahirkan dalam bentuk tulisan. Penulis mampu mencuit pembaca dengan penyampaian dan analogi mudah untuk setiap situasi yang diceritakan. Itulah Hamka. Jiwa Melayu yang universal.
— Mohd Sa'atarinur, Jurubank, Bentong


Bahasanya seolah-olah bukan bahasa anak universiti tempatan. Bahasanya seperti anak lulusan madrasah, hasil didikan nurani ibu dan bapanya. Bahasanya adalah bahasa jiwa para sasterawan dan pujangga yang lahir daripada tarbiah dan mujahadah jiwa.
— Ron, Penjual Tempe, Putrajaya


––––––––––––––––––––––––––––

Komentar-komentar Lain


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana gaya bahasa dan penerangan tentang isu-isu agama yang mudah serta santai..
-- Nurul Natasha


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana dapat membuka minda dan segenap rongga untuk lebih memahami setiap isu-isu yang hangat diperkatakan.
-- Muhammad Jefri bin Mohd Yusof


penulisan yang banyak memberi kesan yang mendalam didalam diri saya dan keluarga.zaki,pemandu ambulans,klinik selayang.halaqah bidara.......
-- zaki


saya suka kereta mayat kerana artikelnya mengandungi pengajaran dgn gaya bahasa yg mudah dan santai. alhamdulillah dgn izin Allah setelah membaca artikel2 keretamayat sekarang ni saya sedang cuba buat usaha atas iman. insyaAllah
-- zainal, juruteknologi makmal perubatan U29, johor bahru


Artikel-artikel ini mengingatkan aku yang aku juga bakal jadi mayat dan dibaham ulat-ulat ganas suatu hari nanti.
-- AQILAH AWG ABDUL RAHMAN


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana penggunaan ayat dan jawapan yang diberi kepada soalan-soalan yang musykil menyeluruh dari semua aspek, dan saya percaya penulisan dirangka dengan begitu teliti terutama bab hukum sebelum di publish. penyampaian yang santai juga sangat mudah difahami dan dihadam di dalam benak otak
-- IZZAH MAWADDAH BT MOHD LAZIM


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana ia meningkatkan skil menjadi pasangan hidup yang terbaik melampaui taraf Olimpik.
-- Khoiril,Pembantu Khidmat Pelanggan,Putrajaya.


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana artikel-artikelnya yang santai dan berpengetahuan.Saya musti pilih!
-- Haqim, Jurugambar, Batu Pahat


Artikel keretamayat terselit muzakarah mengenai keyakinan, percakapan dan kehidupan bersangkutan dgn iman, amal/sunnah, solah qusyuk n qudhu', ilmu bmanfaat, dzikir tanpa ghaflat, tazkiyatun akhlak, niat semata2 kerana Allah, pesan memesan dan satu2 nya blog yg membangkitkan humor tanpa kelalaian kerana saya selalu akhiri bacaan blog keretamayat dgn tasbih kifarah.
-- hanafi, penjaja, taman sukma


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana Bro Hamka memang best walaupun skarang beliau dah tak selalu update macam dulu,kerana sibuk mungkin,saya berhusnuzon. Alhamdulillah di zaman mengejar dunia sekarang masih ada org yg sudi mengingatkan, seperti Bro Hamka.All the best!
-- eHabeSh, Saintis Makmal Perubatan, Puchong.


gua suka baca keretamayat sebab setiap kali gua baca gua akan ketawa terbahak-bahak dan kemudian gua akan insaf sebab hamka cakap, "Aku telah lama kelakar, hari ini kamu ketawakan aku, bukankah kita semua akan jadi mayat?" huhu...insaf2
-- sunya, student uitm, klang"


sebaran dakwah yg sinikal, kadang2 lawak yg maksud mendalam.
-- Mohd Azwan Bin Abu Bakar


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana isi kandungannya yang kelakar, tepat lagi benar dan sarat dengan ilmu. Semuanya dikaitkan dengan kereta mayat, hatta menginsafkan diri saya untuk selalu mengingati kematian.
-- Ili, pelajar perubatan, UK.


Bacaan dan rujukan yang baik bakal mempengaruhi minda dan pemikiran kita. Artikel kereta mayat adalah di antaranya.
-- Hafiz Zaine, Pelajar Tahun Akhir (BEng Mechanical Engineering)


Saya minat menelaah, menhayati dan mengadap artikel encek kereta mayat kerana penggunaan perkataan dan ayat encek kereta mayat semata. ianya lebih dekat di hati pembaca dan sebenarnya secara tidak langsung menyentuh (ada yang terasa) hati pembaca. Semangat!! :)
-- s a r, masih mencari kerja, banting selangor.


Saya suka artikel kereta mayat kerana sentiasa menjadi peneman saya di kala masa terluang dan memberi pelbagai input yang berguna.
-- norazlina, kakitangan kerajaan, Putrajaya


Penyampaian artikel Hamka pun bersahaja dan mudah faham.
-- NUR FARAH BINTI DZULKIFFLI


Saya suka artikel kereta mayat kerana ia mampu membibitkan senyuman mat kuntum di bibir saya walaupun setelah di marahi oleh bos.Kini saya juga mengesyorkan bos saya yang suka marah-marah supaya membaca kereta mayat supaya kami boleh bersama-sama mengukirkan senyuman mat kuntum sepanjang hari.
-- Hatta,Kerani Pengangkutan,Shah Alam


Saya suka artikel kereta mayat ini kerana bual bicaranya berilmiah dan terbuka serta berlandaskan syariat islam.. yang paling penting penulisnya sempoi. woha!! :)
-- Rol, Freelance, Bentong.


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana kereta mayat membantu kita melalui jalan sehingga selamat sampai ke kubur. Woha!
-- Itik, Penganggur, Kepala Batas


isu yg dibawa adalah biasa2 aja tetapi dipersembhkN dengn gaya yg berbeza
-- Habibah Mohd Sabri

Siapa kata saya suka?
-- penchenta


Saya suka artikel kereta mayat kerana di dalam artikelnya sering kali ia mengingatkan saya kepada kematian dan sudah tentu orang yang bijak itu ialah orang yang sering mengingati mati.
-- Ijan, Pegawai Bank, Seri Kembangan.


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana dapat berkongsi ilmu dan maklumat tentang dunia islam dari kaca mata seorang hamba (dai'e) yang luhur (terus sampai kehati-hati pembaca) serta pendapatnya yang membuka hati (mentarbiah rohani) walaupun secara “pereda ketegangan katanya” . Artikel ini juga banyak membantu (nasihat) remaja dan orang islam sendiri yang masih ‘mualaf’ dalam bab-bab ugama.(termasuk juga aku), maka, kita sama-sama belajar ingat-mengingat, walaupun untuk perkara yang remeh. Semoga "nota yang hebat" Kereta Mayat ini terus memberi perkongsian ilmu dan semoga Allah SWT mudahkan sampai bila-bilapun atas nama Rasulullah SAW.
-- Pengemis Iman / Kerani / Kampung Pandan Kuala Lumpur.


artikelnya telah mengkayakan ilmu pengetahuan dari banyak segi contohnya macam dari segi ibadah dan hubungan kekeluargaan.saya suke stail penulisannya yang tidak membosankan jika dibaca 2 kali.
-- Siti,Exec,syarikat minyak malaysia,selangor


keretamayat telah memberi saya keinginan untuk beribadat dengan baik serta banyak ilmu2 yang saya dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian saya dan keluarga.
-- eja, programmer, kepala batas pulau pinang.


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana analoginya mudah dan boleh diterima inshaAllah~ jazakallah!
-- Pencinta Agama


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana ayat-ayatnya seperti ayat-ayat cinta. Lenggok bahasanya seperti lenggok Mak Minah dan isi artikelnya sesedap durian Mousang King
-- Addy Haikal Bin Abu Bakar


saya suka artikel kereta mayat kerana ia membantu saya menambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang menarik dan tidak membosankan, sebab kat dalam kete mayat ada banyak lawak yang tak berapa nak bodoh,hehe. Selain itu saya juga suka cara penyampaian yang kasar macam kat dalam kete mayat sebab ia lagi senang bagi impact tuk orang yang agak bebal macam saya neh.
-- Eda, Tutor, KL


Saya suka kreyter mayart kerana dier coooollll... wohha!
-- Mohamad Faizal Bin Mohamed


saya suka artikel Kereta Mayat kerana saya boleh buang masa dgn kurang sia2 tanpa rase bersalah sbb keretamayat menjanjikan peluang untuk saye kembali ketawe sebelum jadi mayat. trimas.
-- adanhayad, student uitm, N9


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana ia diolah secara bersahaja namun isinya sangatlah padat dan tepat.
-- amirah laila, pelajar, selangor


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana saya sebenarnya teringin nak naik kereta mayat yang dipandu oleh En.Hamka sendiri, sambil menginsafi diri dan menikmati pemandangan tanah perkuburan serta batu nisan yang perbagai ukiran.
-- julia, penganggur tegar,kulaijaya,JB


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana dapat manfaat yang banyak & membolehkan kita semua sama-sama berfikir & bertukar pandangan.
-- Pijot,Pekerja Kilang,Melaka Bersejarah Bandar Warisan Dunia


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana ketelusan pendapat tanpa sempadan dan olahan yang bersahaja tanpa kompromi.
-- Sue, guru, Dungun.


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana gaya penyampaiannya santai, menghiburkan namun tetap padat berisi... seperti memakan pop corn... hehehe
-- kakak, pelajar, nusajaya


nota nota agama yang di tulis oleh saudara hamka kereta mayat membantu saya dalam memperkukuhkan akidah, membuka minda dan dapat menimbulkan minat membaca dan mengetahui hal hal agama islam dengan lebih mendalam.membaca artikel beliau juga membuatkan saya menjadi seorang y 'ulat buku'.
-- fazrolci,penyelenggara kepala telaga minyak dan gas,kemaman terengganu.


saya suka baca artikel kereta mayat kerana dapat tamabah ilmu sambil berhibur, kerana terdapat unsur2 yang tidak membosankan saya. artikelnya yang bersahaja tetapi menarik.
-- Fiza, kerani. Puchong


Saya suka membaca keretamayat kerana banyak informasi, mempunyai unsur humor dan lebih-lebih lagi saya bakal menjadi MAYAT. woha!
-- linda, setiausaha.


Kereta Mayat mempunyai banyak info menarik dan cara penyampai yang sempoi.
-- Anyss, pelajar, selangor


Saya suka artikel kereta mayat kerana artikelnya dapat menghiburkan saya walaupon ini bukan blog hiburan. Selain itu, mak saya sudah berhenti memarahi saya, kerana tabiat saya yang suka membaca blog hiburan setelah saya menukarnya dengan membaca blog kereta mayat.
-- Rifhan, pembantu penyelidik, Meru, Klang.


padat, sendat
-- m.Fa-t, penjual jambu88, ukay perdana


Saya suka artikel kereta mayat ini kerana penulisannya membuka mata saya untuk tidak melihat islam sebagai agama yang berat dan cerewet tetapi sebagai sebuah agama yang padat mudah, dan indah.
-- Gee, Eksekutif Pentadbiran,Puchong


..... kerana ia mengingatkan saya tentang akhirat, tentang Rasulullah dan sahabatnya, kekurangan diri saya dan masa depan saya.
-- MISHA RAMLEE/exec/ayer keroh


kerana mudah difahami dan penyampaian yang berterus terang di samping menyelitkan unsur lawak
-- hazzalilah jarmi


Saya suka artikel kereta mayat kerana memaparkan nilai pengajaran kehidupan dalam cara yang berbeza. Kebanyakkan artikel bercorak universal di mana sesuai di baca oleh semua lapisan umur. Dulu BMW, sekarang kereta mayat. Saya sudah. Kamu bila lagi ?
-- Sam, Teknikal PLUS Highway, Subang


artikelnya banyak memberi info agama secara menghiburkan disamping tips yang membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan terutama suami isteri.
-- Azmi,jurutera sime darby,sandakan.


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana artikel- artikel dalam blog ini banyak memberi informasi kepada saya tentang ilmu- ilmu agama, hukum hakam serta jawapan bagi isu- isu semasa yang merumitkan pemikiran saya.
-- Aslam, pelajar USIM, NILAI


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana ilmunya antara tawa, intipatinya mengubat lara, kandungan yang membuah ceria, penulisan yang bukan kitab agama, merapati jiwa insan, mengolah kata memberi rasa, berkongsi fahaman hati memanah inspirasi memperelok diri. Terima Kasih Kereta Mayat!
-- Chameleon 89, Pengajar & Pelajar, Batu Pahat.


blog kau yang Allah swt bagi aku jumpa ketika aku bersendirian..dan memerlukan teman yang memahami apakah erti kehidupan. Woha!
-- Mohammad Khalid Bin Hj Ab Karim


ia umpama nasik telur dadar letak kicap. Simple tapi sedap. Nasik hilangkan lapar, artikel Kereta Mayat, kalau frust kena reject pun boleh hilang woo
-- Abeih, penuntut universiti, Melbourne.


saya suka artikel Kereta Mayat kerana banyak ilmu yang dicungkilkan, pengalaman yang melucukan, mendewasakan, banyak buah fikiran yang dapat merungkai masalah serta terselit cerita yang dapat menaikkan iman dengan izin Allah...Takbir!
-- samri, Jurutera, kuele breng


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana mampu mengelakkan saya daripada membazir masa tidak tentu hala. Lagipun Blog Kereta Mayat ini sarat dengan hujah dan pendapat dalam menyuarakan sesuatu tajuk. Saya ingin belajar perkara tersebut dari Blog Kereta Mayat.
-- Syafiq Phua Bin Fadhlee Phua


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana ia amat spontan dan menghiburkan. Blog ini amat sesuai dibaca oleh golongan belia seperti saya daripada melayan laman web lucah.
-- Apik, pelajar UIA, Rawang,Selangor


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana ia mengandungi elemen yang pergh..!! Sukar didapati, yakni motivasi agama yang sentimental lagi nostalgik dengan cara penyampaian yang kreatif.. Yang mana ia benar-benar merangsang saya untuk amalkan dan sampaikan kepada member-member yang lain.. Insya'Allah..!!
-- Muhammad Muzafar Bin Khalizaki


saya suka gaya penulisan kereta mayat kerana bukan senang nak cari bakal mayat yang mampu menasihati bakal-bakal mayat yang lain untuk turut serta menjadi mayat yang beriman.
-- Mohd Hafiz Mohd Ariffin


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana sejujurnya banyak ilmu yang saya dapat di samping menambah skil saya dalam melawak. hehe.
-- amira khan, student, kajang


setiap kali sy baca artikel baru blog ni, semestinya ade pengajaran yg dpt sy ambil dan muhasabah diri. Kadang-kadang blog ni lah tmpt sy mencari hiburan rohani dan juga menambah ilmu. selalu gelak sorang2 smpi kne tegur ngan housemate.
-- bdakmedic, student, mesir


dapat menambah pengetahuan dan memberi keinsafan kepada bakal² mayat...
-- Mohd Azrul bin Mahmud


ia memberi saye segala ilmu pengetahuan selain dapat mengisi masa yang terluang sebaiknya. Saya suka membaca rencana yang disiarkan kerana ia sungguh meninggalkan kesan yang amat mendalam.
-- KHUZAIMAH BINTI SALLEH


saya telah jatuh hati dengan kereta mayat...bukan...jatuh hati dengan penulis kereta mayat..bukan...jatuh hati dengan tulisan kereta mayat..bukan....jatuh hati dengan En.Hamka..lagi bukan.... jatuh hati pada diri sendiri kerana artikel yang bersahaja, logik akal dan dapat diterima seisi keluarga...
-- Putri Amie,Surirumah, Selangor


GAYA PENULISAN YANG RINGAN DAN BOLEH DITERIMA OLEH SEGENAP USIA SERTA BERJAYA MENYAMPAIKAN SETIAP POINT-POINT YANG KRITIKAL DENGAN PENUH HEMAH DAN MUDAH DIFAHAMI.
-- MOHD ALIF MD ALIUDIN


macam dengar ceramah ilmuan yang tidak mengunakan text, macam itu arkitel kereta mayat dari mata turun ke hati. terbaik!!!
-- Abah, Pelukis pelan, Sunga Petani


Saya suka artikel keretamayat kerana ia berjaya membuktikan bahawa bila kita dibagi banyak sangat makan gula2, ia boleh menyebabkan kencing manis. Sesekali dibagi makan ubat payau pun bagus untuk kesihatan. Agama itu nasihat, tapi nasihat tak semestinya agama.
-- Siti Nurul Hidayati binti Ithnin


artikel yg ditulis menguji dan memaksa pembaca utk sama2 berfikir dan mencari pencerahan bersama. sesuai utk mereka yg sukakn cabaran. mari sama sama mengikuti penulisan dlm kereta mayat sambil berbahas sendirian.
-- intan


pengisian yang menarik dan membuatkan ilmu agama itu lebih menarik untuk dinikmati..wohaaa
-- Norelissuryani Mokhtar


artikelnya menyedarkan saya untuk tidak meringan-ringankan solat dan menyedarkan betapa penting menjaga solat serta solat pada awal waktu.
-- NURUL AMRINA BINTI SULAIMAN


saya suka artikel kereta mayat kerana penulisannya yang bersahaja dan kena dengan jiwa muda-mudi serta menambahkan ilmu pengetahuan.
-- Jat, pelajar, Kuala Lumpur


saya suka artikel Kereta Mayat kerana cara penulisan dan penyampaiannya berbeza dari blogger2 yang lain. Penulisan yang santai + direct + slumber boleh menarik minat para pembaca dari pelbagai usia.

Dalam satu entry tu boleh dapat macam2 ilmu. Dan dalam byk2 entry, paling sy salute adalah entry yg bertajuk 'Bila nak Khusyuk?' Saya tak boleh nak pikir mcamana Hamka boleh kaitkan isu tentang 'bwk kereta manual' dgn 'kekhusyukan dlm solat' in which nobody will never thought in the same way. Plus, the way you relate 'kekhusyukan' tu dgn 'identity yg dirahsiakan'. how did u..how?? ahh..ntahla..stakat sy tak penah lg jumpa org yang ada kepala otak mcm hamka ni. Cara Hamka memberi contoh2 yg menarik pun sudah cukup utk membuat pembaca2 paham disamping penerapan fikrah2 Islam.

Keep it up! Semoga Allah memberikan kebaikan buatmu wahai Hamka dan keluarga. Ameen.
-- Atiqah,Student,Gombak


saya suka artikel Kereta Mayat kerana penggunaan bahasa yang mudah, 'connection' yang dekat dengan pembaca kurang-pantas-dan-kurang-bijak macam saya ni. style pendekatan yang sempoi habis, lawak yang betul- betul lawak dan penjelasan yang mudah faham, tak seperti bahan ilmiah yang lain menggunakan bahasa skema. sesuai untuk remaja lagi- lagi student yang tak-berapa-pandai macam saya ni.
-- nabilahsaraf, graduan UKM. Ramai Tomyam Batu Belah, Klang.


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana cara atur susunan ayatnya yang agak sempoi dan tidak terlalu skema membuatkan saya mudah faham dan rasa sangat dekat dengan cara saya faham dan baca penulisan beliau.
-- Nur Atiqah Zahrah binti Adlan


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana saya selalu tersengih membaca setiap baris ayat yang dilontarkan . Semua entry mesejnya sampai , senang nak paham , tidak keterlaluan , tidak menunjuk-nunjuk , senang hati je nak terima dan diamalkan . terbaek ahhh !
-- SHAFIKAH HANANI BINTI SUHIMI


...dpt menarik insan biasa dan remaja seperti aku yang kurang gemar gaya penulisan skema dalam proses mengenali Tuhan. Ha, dan lagi satu, topik yang ditulis sangat menarik!
-- nur amina


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana saya tak kisah kalau orang kata saya sewel atau sengal sebab tersengih-sengih dan tersenyum-senyum depan PC mahupun ketika saya merempit bila saya buka blog kereta mayat dan bila saya teringat kata-kata hamka yang buat saya teruja.
-- FAUZEAH BINTI AHMAD MARUWI


gaya bahasanya yang simple dan sindiran sindirannya yang sinis bagaikan terkena batang hidung sendiri..dan ini memperkuatkan jati diri saya untuk terus berubah ke arah yang lebih baik supaya dapat menaiki kereta mayat dalam keadaan yang terbaik..dengan ilmu dan amalan mulia yang baik baik belaka.hahaha..Woha!!
-- NURUL SARIHAH BT MOHD SALEH


setiap kali saya baca buku perubatan, sy takkan jumpa cara yg paling berkesan untuk mengatasi masalah lekat duri masa makan ikan.. melalui kereta mayat, saya sedar dengan berpura-pura sebagai superman pun boleh jadi ubat.. selain menambah ilmu pengetahuan perubatan, saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan kekeluargaan, kehidupan dunia dan selepas menjadi mayat
-- zam zanizah yatim


ianya mewujudkan satu topik perbincangan ilmiah yang boleh dibincangkan dimana sahaja seperti di parlimen.. dewan rakyat.. kedai kopi pak atan.. dan diperhentian bas.. malah di tanah perkuburan..
-- HeaLmaN, Serdang Jaya


saya suka artikal kereta mayat kerana first time saya baca memang sangat lawak sampai berguling-guling . terasa nak baca lagi sangat yang teramat . tp bila second time saya baca plak, rasa sangat menyirap . erghhh !!!! TAK SUKA KERETAMAYAT . tak nak baca lagi !! sumpahh . haramm . tapi manusia bila cakap tak suka lagilah nak buat . kan3? so,third time saya baca, pehhh , keretamayat memang caralahhh . sangat sesuai tok basuh orang muda yang otak cam saya ni . THUMB UP FOR KERETA MAYAT !
-- Radiah Bt Subadi


entry2 nye sarat dengan mesej2 dan menyebabkan aku gelak guling2..walopon gelak guling2 tapi mesej tu tetap sampai dlm hati aku..kira nya lengkap le, ade ilmu agama, ilmu dunia, isu semasa & ade humor gak..hahaha~~
-- Imah, Admin,Shah Alam


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana cara panyampaian mesej; penulisan, bahasa, plot oleh saudara Hamka adalah sangat telus, jujur, terus terang dan yang penting mampu meninggalkan kesan kepada saya. Gaya penulisan beliau yang sangat bersahaja lalu menghasilkan lawak yang menghilangkan stress. Yang penting, artikel- artikel beliau tidak semata lawak tapi merupakan peringatan dan ilmu seterusnya menyebabkan saya yang malas berfikir sebelum ni, kini giat berfikir demi kemaslahatan diri dunia & akhirat sebelum menjadi mayat. Semoga Allah memberkati saudara Hamka dan keluarga sentiasa :)
-- nur hidayah kamilia binti rassman


Aku suka artikel keretamayat kerana buat aku banyak menangis sebab sebelum nie aku banyak sangat ketawa,..woha!,..
-- shah, juruteknik, k. kubu


pemikiran yang updated, santai serta gaya bahasa kereta mayat yang lezer membuatkan saya penat membaca, berfikir dan kadang kala mengalami kekejangan otot perut. Walaupun begitu, mesej yang disampaikan amat jelas dan confirm ingat dalam otak sampai bila-bila. Artikel Kereta Mayat mmg best!
-- LadyNur, Tukang Baca Blog, Depan Laptop.


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana ia menjadi bahan rujukkan saya untuk menambahkn ilmu serta mendapatkan jawapan yang tidak pasti tentang umat akhir zaman ini
-- Himee pelajar UniKL Micet Pahang


tak tahu lah nape sekali bace terus takleh nak brenti menatap ,bayak barang panas dalam blog ni der,tapi cool gak la bagi orang yang payah nak paham atau buat2 tak paham,teruskan usaha hidup keretamayat hidup hamka sebelum jadi mayat...
-- hibri, RT MAN ,kemamang trganu


SEBAB NYER DIE SEDAP DIBACE PAHTU SENANG NOK PAHANG KADANG2 BOLLOK WOK TAPI DAKPE WAK KERAH JER..MEMANG SEDAK AH.KE GUANE HAMKA !HA3 HIDUP HAMKA SEBELUM JDI MAYAT.
-- MAT SANG jage kedai mok.jabor kemamang trganu


Artikel ni ditulis dengan gaya bahasa yang sempoi dan memudahkan pembaca paham esp bagi remaja mcm sy coz kebanyakan remaja senang nak terima nasihat bila mana nasihata tersebut ditulis dengan kata2 y dekat dengan mereka.
-- Zurina Ain-pelajar ins pendidikan guru, Terengganu


bila aku rasa riak,ego..aku jadi down disebabkan hujahan en hamka. Walaupun x pernah bersua..tp aku rasa dekat je dgn en hamka.. moga panduan yg diberikan dpt sedikit sebanyak memberi panduan kepada aku...thakx a lot bro
-- tom/rawang/telekomunikasi


dapat membuat minda saya menjadi waras sewaras penulisnya, Hamka
-- Shidah, Pelajar Universiti Malaysia Pahang


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana mempunyai banyak pengetahuan, pengajaran dan unsur lawak yang memungkinkan saya untuk terus mengikuti artikel-artikel kereta mayat ini.
-- NOR SHAHRITA HASLINZA


maklumat nya (alhamdulillah)mampu mempositifkan pandangan-pandangan negatif. Sedikit sebanyak membuka 'mata-mata' yang terpejam @ buat-buat pejam. Ada displin yang ketat (Jangan baca blog aku kalau belum solat!) tapi gaya entry yang ringan.Tak baca rugi, dah baca confirm tak rugi. Manusia perlukan cermin diri tapi tak ramai yang jadi cermin yang baik.Jadi, biarlah kereta mayat yang jadi cermin pandang belakang pada mereka yang memerlukan cermin untuk make-up diri sebelum jadi mayat.
-- al-amin, Juruteknik, Kepala Batas,P.Pinang.


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana banyak bagi saya ilmu tentang dunia dan akhirat. Harap banyak lagi yang dapat saya pelajari :')
-- Mohamad Mustakim Iqbal Bin Mohd Supian


aku suka baca keretamayat, and i listed it as one of my blog-i-want-to-read. enough said. yes? yes. malas aku nak reason kan semua benda panjang lebar. aku suka baca keretamayat bla..bla..bla.. urgh =,=


saya sebenarnya silent reader blog keretamayat. tapi memandangkan topik kali ni ada kaitan dengan pujian, dan saya pun memang mahu memuji en. hamka, maka di bawah adalah komentar saya yang pertama: saya suka baca artikel keretamayat kerana bila saya baca, saya rasa seolah-olah en. hamka berada di sebelah saya dan bercakap dengan saya. sesetengah orang tulis macam mengarang, tapi en. hamka tulis fresh straight to the point. lagi satu, artikel-artikel dalam ni, rasa macam bicara dari seorang kawan kepada kawannya yang lain, dan bukannya dari blogger kepada blogger yang lain! ok, harap maaf. dah panjang sangat tulis. maklumlah komentar yang pertama.apa-apapun, selamat!


saya suka baca artikel keretamayat kerana ayat dia kadang tu take time nk fham..mcm KBKK plak..haha..dah la ayat superb..ade stail penyampaian yang unik..tapi keretamayat sesuai jadi bahan bacaan masyarakat sekarang..woha!


saya suka baca artikel kereta mayat kerana ia mengingatkan saya kezombian yang telah saya lakukan sepanjang hidup saya dan walaupun saya kini telah bergelar Zombie Insaf, saya tetap adalah seorang Zombie.


Saya suka membaca artikel di blog keretamayat kerana entah kenapa, selepas membacanya, saya semakin bersemangat untuk mengerjakan sembahyang secara berjemaah setiap hari. Mungkin Tuhan mahu memberi petunjuk kepada saya melalui blog keretamayat. Alhamdulillah


Saya suka artikel keretamayat kerana.. artikel keretamayat bukan sahaja lawak dan spontan, malah penuh dengan ilmu yang kadang2 membuatkan air mata ini mengalir deras dek mengenangkan nasib diri, WOHA!


mungkin sy terlewat kenal dengan blog pakcik hamka(sy perasan mude),tapi sy syukur pada Allah sebab jumpa pastu minat pastu tertarik bace blog ni hari2...banyak benda sy belajar..dan xsabo nak beli buku..sebab pening ngadap laptop lamelame..nasib pakcik hamka nak wat buku...kalau x...mau sy print satusatu..sempat sy promote blog pakcik hamka kat blog sy..dengan harapan...ramai lagi yang rabun mcm sy dapat kontek lens "fresh look" pas bace blog ni..teruskan menulis pakcik hamka!


baca dari tahun 2009 lagi.. suka baca sebab pada saya ianya penuh dengan info, bukan omong kosong.. ^_^


saya suka baca artikel kereta mayat kerana dah tentu2 berilmiah kan. saya pun dapat tambah pengetahuan agama yang sebelum ni saya tak tau dan yang lebih menarik cara penulisan pokcik hamka yang membuatkan saya tersenyum sendiri dan member sebilik kehairanan lalu bertanya "kenapa senyum sorang2 nih?".cara penulisan yang membuatkan pembaca2 muda lebih paham dan dekat dengan agama.erk! kadang2 ja kena baca satu2 entry tu dua tiga kali sebab maksudnya mendalam.=)terima kasih kerana membuat blog ni =)


saya suka baca artikel kereta mayat kerana artikelnya terus menusuk ke hati da. meningkatkan kadar denyutan jantung. Adakalanya terkena jugalah ke batang hidung dan ada juga mulut yang tetiba jer terasa pedasss.


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana pada pendapat saya, ilham (dari Allah Taala) & gaya pengolahanannya (pun dari Allah Taala) di luar kotak tetapi tidak pula melupakan kotak tersebut. Kotak itu, bolehlah Hamka susunkan secara padat dan penuh dengan buku - buku karangan pertama beliau bersama autograf besar di muka surat satu setiap buku itu sebelum dihadiahkan secara percuma kepada SEMUA pembaca pembaca dan pengomen pengkritik setia blog ini.
-- skar

____________________________
• PERTANYAAN
Soalan umum: Bagaimana nak order, nak bayar, ajukan ke → Kaunter Pertanyaan
Soalan khusus: Bila buku sampai, tracking number, dll, ajukan ke → Kaunter Aduan

• KOMENTAR / ULASAN tentang buku
Ringkas: Boleh isi ruangan komen di bawah ↓
Panjang: Boleh tulis di blog anda dan pautkan link di page → Ulasan Buku

8 comments:

  1. Sy dah order dan buat pembayaran tp blom terima buku lagi...bayaran dibuat pada 25 Apr 2012..slalu brapa lama amik masa utk poskan yer...tak sabo dah ni

    ReplyDelete
  2. Ok, buku sudah diterima.
    Syabas Afdal & Hamka!

    Apr 26, 2012 12:32 AM
    Dicopy paste oleh Afdal Publications

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...

    buku sy da terima semalam,x sempat nampaknya minta sign dulu.. :) sudah separuh perjalanan membaca buku tu,sangat2 bermanfaat.. terima kasih pada en.hamka kerana menulis buku spt ini..semoga ada lg selepas ini.

    Apr 26, 2012 04:14 PM
    Dicopy paste oleh Afdal Publications

    ReplyDelete
  4. Salasiya Atli3/5/12 4:51 PM

    Assalamualaikum..

    buku telah selamat sampai tengah hari tadi. Siap sign dan ucapan lagi... wah.. like2..

    "TERIMA KASIH SALASIYA..
    SEKIRANYA BEGINILAH CARANYA ALLAH MAHU AMPUNKAN DOSA SAYA, ALANGKAH RINGANNYA PENDERITAAN INI"

    HAMKA KM -30/04/12

    May 2, 2012 11:44 PM
    Dicopy paste oleh Afdal Publications

    ReplyDelete
  5. jazakallah khair buku ana tajuk permata yghkdijumpai selamat sampai td.

    April 30, 2012 12:10PM

    chapter 25 page 157 buku keretamayat speeling sebagi(sebagai) dan jika di page 73 tu boleh letak translation tasbih, aku rasa lagi bagus.

    April 30, 2012 7:03PM
    Dicopy paste oleh Afdal Publications

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    saya suda terima buku ini semalam..
    skrng da jd teman baik sy sebelum tdo, sure tersengih sorang2 ble bce :) hihi
    terima kasih Mr. Hamka & Afdal Publication.

    ReplyDelete
  7. Saya baru terima buku pagi ni. tak sabar nak baca...

    ReplyDelete

Mohon jangan pilih "Anonymous", tetapi pilihlah "Name/URL" dan letak nickname bersesuaian (e.g.: Ali, Abu, Ahmad, Apek, Asim, Aqil)

Atau guna: Google Account, LiveJournal, WordPress, TypePad, AIM, OpenID.

Terima kasih :)