Komentar Terpilih


Artikel Kereta Mayat tidak pernah membosankan dan mampu membuatkan saya umpama kerang busuk apabila membacanya. Penyampaiannya juga santai tetapi sarat dengan mesej yang sangat mendalam dan biasanya terkena batang hidung sendiri.
— Ain, Pensyarah, Sepang


Garapan idea yang kreatif dalam artikel Kereta Mayat membuatkan saya berfikir bahawa pendapat Hamka sememangnya benar. Walaupun dia bukan ustaz, tetapi banyak artikelnya yang mengubah pemikiran saya ke arah yang lebih positif. Artikel kegemaran saya adalah “Rumahku Syurgaku” dan “Rumahku Nerakaku.” Luangkan masa untuk membacanya. Insya-Allah anda tidak akan menyesal.
Mummy Batrisyia, Penjawat Awam, Putrajaya


Saya dan suami suka membaca artikel Kereta Mayat untuk mendapatkan kerukunan rumah tangga  di dunia dan akhirat,  serta menambahkan ilmu. Apabila kami bersama-sama membaca artikel Kereta Mayat, ‘wavelength’ kami jadi sama. Jika tidak, suami kata ayam, saya kata itik. Jom baca Kereta Mayat, sebelum jadi mayat!
— Cikgu Ketam, Guru, Klang


Pertama kali saya membaca artikel Kereta Mayat, terus terdetik dalam hati, “Wah, ada juga lelaki macam ini lagi!”
Ju, Pelajar IPGM KPI, Parit Buntar


Hamka membuatkan kami suami isteri asyik bersengkang mata membaca artikel Kereta Mayat. Kami juga selalu sibuk berbahas. Kalau salah seorang membuat salah, seorang lagi akan menghantar artikel tentang kesalahan itu. Ceh, macam itu pun ada! Kami suka Hamka, sebab beliau kelakar dan kami sedang ketawakan diri sendiri.
Ahlia Razman, Penolong Penerbit, Damansara


Saya suka artikel Kereta Mayat kerana Allah yang bagi suka. Hmm, dahulu penulis menulis sebab benar-benar ikhlas menulis. Terserlah keikhlasan penulis di situ. Penulis menulis nota untuk diri yang menjadi pengajaran untuk orang lain. Tetapi sekarang penulis menulis dengan niat hendak mempromosi buku sendiri. Biasalah, jual buku dapat banyak duit. Siapa yang tidak mahu duit?
— Apek, Pencuci, Sungai Besi


Penerangan dalam artikel Kereta Mayat amat mudah difahami. Penulisannya banyak membantu saya memahami sesetengah perkara dalam kehidupan saya. Daripada pemahaman itu juga, saya belajar lebih jauh dengan bertanya rakan-rakan, guru-guru, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah untuk penjelasan lebih lanjut. Dengan pengetahuan yang baru itu pula, saya dapat kongsikan dan menerangkan pada orang-orang lain.
Wawa, Guru, Sabah


Kereta Mayat tidak pernah gagal mencuit hati saya tetapi pada masa yang sama mendatangkan keinsafan. Dengan kata lain, hiburan yang amat menginsafkan. Setiap kali saya membaca artikel Kereta Mayat, rasa hendak cepat-cepat dirikan solat dan cepat-cepat kahwin. Mungkin saya patut hadiahkan buku Kereta Mayat kepada pakwe saya sebagai petanda untuk masuk meminang cepat-cepat.
— Wanis, Jurutera, Kuala Lumpur


Artikel-artikel Kereta Mayat membuatkan aku berfikir apa yang Hamka cakap, ada benarnya. Ayat-ayat yang  Hamka guna sesuai untuk semua peringkat umur, termasuklah perempuan yang berjiwa rock dan  kadang-kadang jiwa kacau seperti aku. Sedikit sebanyak dapat mengubah aku.
— Lady Diana, Pelajar UPSI, Alor Setar


Kereta Mayat  sentiasa buat saya ketawa, terkasima dan menangis sehingga teresak-esak. Terutamanya apabila artikelnya terkena tepat pada batang hidung sendiri. Saya rasa amat jauh dengan Allah SWT. Namun, Hamka berjaya membuatkan saya memulakan anjakan paradigma ke arah yang lebih baik.
— Imin, Pekerja Kilang, Kulim


Apabila Hamka membicarakan hal agama, beliau tidak menulis berdasarkan emosi dan budaya tetapi merujuk kepada sumber-sumber yang sahih dan meyakinkan. Namun, tidak pula bosan seperti sesetengah rancangan agama di televisyen. Nasihat-nasihat yang diberikan pula tidaklah tipikal dan sesuai dengan peredaran zaman.
Suicide Park, Pelajar Seni Bina Landskap, Ampang


Hamka pernah membuatkan aku tersembur air 100PLUS pada monitor PC apabila aku membaca lawak Superman dalam artikel “Apa Hendak Buat Jika Tercekik.”
Dzoelhakim Taib, Staf KPM, Putrajaya


Saya suka penulisan Hamka kerana terasa pemikiran penulis sealiran dengan saya. Gurauan dan pergaulan beliau dengan isteri, hampir sama saja dengan saya dan isteri. Seolah-olah wujud pertalian antara jiwa penulis dan saya.

Setiap hujahan yang dilontar, tidak lari daripada apa yang saya fikir seperti artikel “Apa Itu Seks,” yang melontarkan isu perkahwinan awal.

Tulisannya yang sinis terhadap orang Malaysia khususnya kaum Melayu ternyata selari dengan pendapat saya. Cumanya, saya tidak sehebat penulis untuk menzahirkan dalam bentuk tulisan. Penulis mampu mencuit pembaca dengan penyampaian dan analogi mudah untuk setiap situasi yang diceritakan. Itulah Hamka. Jiwa Melayu yang universal.
— Mohd Sa'atarinur, Jurubank, Bentong


Bahasanya seolah-olah bukan bahasa anak universiti tempatan. Bahasanya seperti anak lulusan madrasah, hasil didikan nurani ibu dan bapanya. Bahasanya adalah bahasa jiwa para sasterawan dan pujangga yang lahir daripada tarbiah dan mujahadah jiwa.
— Ron, Penjual Tempe, Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Mohon jangan pilih "Anonymous", tetapi pilihlah "Name/URL" dan letak nickname bersesuaian (e.g.: Ali, Abu, Ahmad, Apek, Asim, Aqil)

Atau guna: Google Account, LiveJournal, WordPress, TypePad, AIM, OpenID.

Terima kasih :)